Rabu, 18 Mac 2009

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Pertanian merupakan sektor yang amat penting pada masa kini, dengan berlakunya kegawatan ekonomi yang melanda negara kita seharusnya meningkatkan lagi pertanian negara untuk menampung keperluan makanan dalam negara......PERTANIAN DOK RUGI BOHHH.....






kenangan......




















Selasa, 17 Mac 2009

JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU"






Jagung manis adalah diantara tanaman jangka pendek yang popular di kalangan pekebun kecil. Beberapa varieti jagung manis telah diperkenal. Diantaranya ialah Thai Supersweet, Manis Madu dan Masmadu.

Thai Supersweet mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza daripada kuning muda hingga jingga. Masmadu pula mempunyai tongkol yang manis seperti madu serta lebih manis daripada Manis Madu. Tongkolnya juga lebih besar. Bagaimanapun warna tongkol varieti Masmadu yang kuning keemasan kurang digemari. Pengguna lebih gemar jagung manis yang berwarna kuning muda (pucat).Satu program pembiabakaan telah dijalankan untuk membaiki warna tongkol varieti Masmadu. Hasilnya, satu varieti baru yang tongkolnya berwarna kuning muda telah ditemui. Varieti ini dinamakan "Improved Masmadu

Usahawan Tani Berjaya




Ketika rakan-rakan lain memilih kerja makan gaji selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun bagi Mohd. Shahrul Daud, dia lebih senang menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menceburi bidang usahawan tani.

Lulusan Diploma Pertanian yang berusia 25 tahun itu memilih untuk mengusahakan sembilan projek pertanian dan asas tani di beberapa lokasi sekitar Kulim.

Projek tersebut ialah menternak lembu tenusu, lembu pedaging, itik telur, tanaman pisang berangan dan emas, tanaman nenas, tanaman fertigasi (cili merah dan terung), produk hiliran (telur masin dan dadih) dan baja kompos.

Menurut Mohd. Shahrul, penglibatan aktif dalam bidang pertanian bermula kira-kira tiga tahun lalu setelah melihat potensi luas di samping teruja dengan konsep Pertanian Adalah Perniagaan yang diperkenalkan kerajaan.

Dasar Pertanian Negara, 1997-2010




Dasar Pertanian Negara yang baru, atau DPN3 belum dibentangkan kepada umum. Bagaimanapun, saya percaya DPN3 tetap berteraskan kepada DPN1 dan DPN2 tetapi mengambil kira perkembangan ekonomi semasa, umpamanya kesan kejatuhan ringgit terhadap keselamatan bekalan makanan negara; dan kesan liberalisasi perdagangan terhadap daya saing pengeluaran dan perdagangan pertanian.


Pendekatan Dasar Pertanian Negara


Dua pendekatan utama dijangka akan diberi tumpuan dalam DPN iaitu pendekatan perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk.

Konsep fertigasi



Fertigasi berasal dari dua perkataan utama yakni fertilization (pembajaan) dan juga irrigation (pengairan). Sistem ini melibatkan proses pembajaan dan pengairan berjalan serentak terhadap tanaman tertentu.
Antara tanaman-tanaman yang boleh menggunakan konsep fertigasi adalah cili, timun, terung, tomato, melon, zukini (timun Jepun), strawberi dan sayur-sayuran.

Ada banyak kebaikan dalam menggunakan sistem fertigasi ini,antaranya:

1.Mengurangkan kos operasi pengusaha dari segi penggunaan sumber elektrik, air dan baja.
2.Meningkatkan hasil tanaman dalam semusim dengan konsisten.
3.Pengendalian tapak operasi yang kemas dan teratur
4.Penggunaan alat digital timer dalam membantu pengendalian operasi secara konsisten dan sebagainya.

Dengan penggunaan stuktur perlindung hujan (SPH) atau green house, sistem fertigasi akan menjadi lebih berkesan kerana tujuan SPH ini diadakan adalah untuk melindungi tanaman daripada serangan terus serangga perosak dan penyakit tanaman. Ia juga dapat dapat mengelak larutan baja menjadi cair atau kurang berkesan apabila terkena terus kepada air hujan.

Visi Pertanian Adalah Perniagaan













Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meneruskan visi mengubah minda pihak yang terbabit dalam bidang itu seperti petani, penternak, nelayan dan peladang bahawa pertanian adalah perniagaan. Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata pelaksanaan segala perancangan akan diberi penekanan. Katanya, penekanan juga akan diberikan kepada usaha mengurangkan defisit akaun perdagangan dalam sektor pertanian dan makanan dan menambah pendapatan petani.