Selasa, 17 Mac 2009

Konsep fertigasi



Fertigasi berasal dari dua perkataan utama yakni fertilization (pembajaan) dan juga irrigation (pengairan). Sistem ini melibatkan proses pembajaan dan pengairan berjalan serentak terhadap tanaman tertentu.
Antara tanaman-tanaman yang boleh menggunakan konsep fertigasi adalah cili, timun, terung, tomato, melon, zukini (timun Jepun), strawberi dan sayur-sayuran.

Ada banyak kebaikan dalam menggunakan sistem fertigasi ini,antaranya:

1.Mengurangkan kos operasi pengusaha dari segi penggunaan sumber elektrik, air dan baja.
2.Meningkatkan hasil tanaman dalam semusim dengan konsisten.
3.Pengendalian tapak operasi yang kemas dan teratur
4.Penggunaan alat digital timer dalam membantu pengendalian operasi secara konsisten dan sebagainya.

Dengan penggunaan stuktur perlindung hujan (SPH) atau green house, sistem fertigasi akan menjadi lebih berkesan kerana tujuan SPH ini diadakan adalah untuk melindungi tanaman daripada serangan terus serangga perosak dan penyakit tanaman. Ia juga dapat dapat mengelak larutan baja menjadi cair atau kurang berkesan apabila terkena terus kepada air hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan