Selasa, 17 Mac 2009

Usahawan Tani Berjaya




Ketika rakan-rakan lain memilih kerja makan gaji selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun bagi Mohd. Shahrul Daud, dia lebih senang menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menceburi bidang usahawan tani.

Lulusan Diploma Pertanian yang berusia 25 tahun itu memilih untuk mengusahakan sembilan projek pertanian dan asas tani di beberapa lokasi sekitar Kulim.

Projek tersebut ialah menternak lembu tenusu, lembu pedaging, itik telur, tanaman pisang berangan dan emas, tanaman nenas, tanaman fertigasi (cili merah dan terung), produk hiliran (telur masin dan dadih) dan baja kompos.

Menurut Mohd. Shahrul, penglibatan aktif dalam bidang pertanian bermula kira-kira tiga tahun lalu setelah melihat potensi luas di samping teruja dengan konsep Pertanian Adalah Perniagaan yang diperkenalkan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan